BIDANG TUGAS UNIT KOKURIKULUM

 

SENARAI TUGAS

1 .Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


      a.     Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang /   

              Pendek).
      b.     Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
      c.     Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
      d.     Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
      e.     Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
      f.      Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan

              kokurikulum
              peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
      g.     Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
      h.     Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas

              Desa, Hari
              Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.
      i.      Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
      j.      Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit

              dilaksanakan di sekolah.
      k.     Membuat anggaran  perbelanjaan dan menentukan peruntukan

              kewangan yang akan digunakan.
       l.     Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan

              pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam

               bidang masing-masing.
       m.   Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh      

              pelajar.

 

2 .Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum


       a.     Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai.
       b.     Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja   

               kokurikulum sekolah.
       c.     Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak

               kerja kokurikulum
       d.     Memastikan supaya setiap unit gerak kerja kokurikulum

               berjalan dengan lancar, berterusan dan berkesan.
       e.     Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan

               aktiviti kokurikulum.
       f.      Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan

               perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
       g.     Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip

               daripada pelajar.
       h.     Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan

               kokurikulum.
        i.     Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun

              daripada setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha   

              kokurikulum dan penyelaras penyelaras unit.
        j.     Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar

              yang mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.

 

3. Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum


       a.     Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
       b.     Membantu Guru Besar dan GPK Ko Kurikulum dalam

               pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan,

               pelaksanaan dan penilaian pelajar.
       c.     Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti
               persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan

               sukan/permainan.
       d.     Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti

               kokurikulum dipatuhi.
       e.     Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
       f.      Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan

               dikemaskinikan dan mencukupi.
       g.     Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti

               kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TUGAS SU SUKAN

 

Tanggungjawab Setiausaha Sukan

Ø Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.

Ø Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.

Ø Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSK/MSSN/MSSM.

Ø Membantu Guru Besar dan GPK Kokurikulum  dalam pengagihan tugas kepada guru-guru,perancangan,pelaksanaan dan penilaian pelajar dalam sukan dan permainan.

Ø Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan dan Kelab Sukan dan Permainan.

Ø Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan berkaitan sukan dan permainan.

Ø Mengurus dan menyelaraskan pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti sukan di luar sekolah.

Ø Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti sukan dan permainan dipatuhi.

Ø Memastikan rekod dan data berkaitan sukan diselenggara dengan baik.

Ø Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.

Ø Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.

Ø Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.

Ø Memastikan borang-borang berkaitan sukan yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.

Ø Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.

Ø Sentiasa berbincang dengan Guru Besar dan  GPK Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.

Ø Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.

Ø Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti sukan dan mengadakan latihan dengan mereka.

Ø Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

Ø Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TUGAS GURU PENASIHAT

Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin Unit Beruniform dan Persatuan

Ø Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.

Ø Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa dalam kalangan murid.

Ø Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.

Ø Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli.

Ø Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.

Ø Memastikan aktiviti selaras dengan visi,misi, objektif dan matlamat KPM dan sekolah.

Ø Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

Ø Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Unit Beruniform dan Persatuan.

Ø Mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dan Sarana Ibubapa.

Ø Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam unit beruniform dan persatuan.

Ø Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Ø Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

Ø Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.

Ø Memastikan undang-undang berkaitan unit beruniform dan persatuan dipatuhi.

Ø Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah, PPD dan JPN.

Ø Menganjurkan pertandingan kokurikulum antara Rumah Sukan atau kelas di peringkat sekolah.

Ø Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat sekolah / kawasan / daerah / negeri dalam pertandingan , lawatan atau projek yang dijalankan.

Ø Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.

Ø Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.

Ø Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.

Ø Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.

Ø Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

Ø Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.

Ø Mendaftarkan Unit Beruniform dan Persatuan dengan pihak berkaitan. (jika ada)

Ø Menyemai semangat kokurikulum dalam kalangan pelajar.

Ø Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan pencapaian.

Ø Merekodkan nama murid dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara)

Ø Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.

Ø Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

Ø Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

Ø Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

Ø Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum  dari semasa ke semasa.

 

 

Tanggungjawab Guru Kelab Permainan / Rumah Sukan

Ø Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan kokurikulum.

Ø Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa dalam kalangan murid.

Ø Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.

Ø Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli.

Ø Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan 

Ø Memastikan aktiviti selaras dengan visi,misi, objektif dan matlamat KPM dan sekolah.

Ø Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

Ø Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Sukan dan Permainan.

Ø Mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dan Sarana Ibubapa.

Ø Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.

Ø Memastikan aktiviti yang dirancang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan

Ø Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

Ø Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.

Ø Memastikan undang-undang sukan dan perlawanan dipatuhi.

Ø Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah, PPD dan JPN.

Ø Menganjurkan pertandingan sukan antara Rumah Sukan atau kelas di peringkat sekolah.

Ø Mengurus penyertaan murid-murid dalam kegiatan di peringkat sekolah / kawasan / daerah / negeri dalam pertandingan , lawatan atau projek yang dijalankan.

Ø Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.

Ø Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.

Ø Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.

Ø Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.

Ø Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

Ø Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.

Ø Mendaftarkan sukan dan permaianan dengan pihak berkaitan. (jika ada)

Ø Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.

Ø Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan pencapaian.

Ø Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara)

Ø Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.

Ø Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

Ø Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

Ø Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

Ø Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum  dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment